Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah
-(Wahab B Munabin).
ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup
penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu
dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam,
disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan
kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
Jangan memandang ke bawah (untuk
mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke
arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenarnya.
Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu
yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Jangan serahkan sesuatu yang penting
seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang
lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan
keizinanNya..
http://kata-mutiara-puisi-cinta.blogspot.com/